24 May 2012

Novel Harry Potter adalah "Karya Iblis"

Agensi Berita Rusia RT melaporkan pada Khamis 23/05, mengenai pesta seks oleh Gereja Vatican yang melibatkan sejumlah penculikan wanita muda.

Seorang gadis remaja pernah diculik untuk pesta seks di Vatican yang melibatkan geng dan polis Vatican dan para diplomat asing sekitar 30 tahun lalu. Maklumat ini disampaikan oleh seorang paderi yang terkenal sebagai 'pengusir setan' dan pernah menyatakan bahawa novel Harry Potter adalah 'karya iblis'.

Bapa Gabriele Amorth yang pernah dilantik oleh mendiang Paulus Johanes ke II sebagai Ketua Pengusir Setan dan mendakwa telah melakukan 70,000 pengusiran setan mengatakan, bahawa Vatican membunuh gadis 15 tahun bernama Emanuela Orlandi dan mayatnya dibuang.

Pendeta yang kini 'vokal' (banyak bicara) ini mengatakan bahawa gadis yang masih bersekolah itu diculik dari jalanan di pusat Rom pada musim panas tahun 1983 dan dipaksa untuk mengikuti sebuah pesta seks.

"Ini adalah kejahatan dengan motif seksual. Pesta seks ini diadakan dan polis Vatican bertindak sebagai 'perekrut' para perempuan," Pastor Amorth yang kini berusia 85 tahun mengatakan kepada akhbar La Stampa.

"Rangkaian ini melibatkan para diplomat dari kedutaan asing untuk Tahta Suci. Saya yakin Emanuela berakhir sebagai korban dari rangkaian ini."

Pendeta itu juga menambah bahawa Monsignor Simeone Duca sebagai pemegang arkib Vatican "adalah yang meminta untuk merekrut para gadis dengan bantuan polis Vatican," beliau menegaskan para gadis itu diculik untuk pesta seks yang meriah.

Kenyataan Bapa Amorth ini muncul ketika polis Itali dan ahli forensik mencari makam seorang ahli gangster di Sant'Apollinare, Gereja Rom
Makam tersebut adalah milik Pedis De Enrico, seorang mafia yang mati dibunuh pada tahun 1990 oleh anggotanya sendiri. Makam ini diketahui setelah polis mendapat panggilan telefon dari seseorang yang tidak ingin diketahui identitinya dan mengatakan bahawa gadis itu dikubur bersama anggota gangster tersebut.

Tulang-tulang lain memang ditemui berhampiran dengan sisa-sisa mayat anggota gangster itu, namun belum positif diindentifikasi sebagai tulang Emanuela.

Tetapi pendeta tadi tidak ragu menuduh Tahta Suci (Vatikan) terlibat dalam jenayah yang mengerikan ini. "Saya tidak pernah percaya pada teori umum. Saya mempunyai motif untuk percaya bahawa ini hanya kes ekploitasi seksual."

"Teori Umum" mengatakan, gadis itu diculik untuk digunakan sebagai tawar menawar bagi pembebasan dari penjara Mehmet Ali Agca, seorang lelaki bersenjata asal Turki yang cuba membunuh Pope John Paulis ke II di St Peter Square pada tahun 1981. Versi teori antarabangsa ini belum pernah disahkan balik.

Pendeta Amorth yang meyakini adanya pesta seks kalangan Vatican ini adalah pendeta yang terkenal. Ia makin terkenal setelah mendakwa bahawa Yoga adalah Setan kerana meditasi itu mengarah ke pemujaan Hindu. Pendeta Amorth juga menyatakan novel Harry Potter sebagai "Karya Iblis" dengan mengatakan bahawa novel itu mendorong kanak-kanak percaya pada ilmu hitam dan sihir.

Arab Saudi Borong Jet Dari Britain

Arab Saudi telah menandatangani perjanjian $ 3-juta dengan Britain untuk membeli pesawat jet latihan untuk angkatan udara kerajaan Teluk tersebut, agensi berita negara SPA mengatakan pada rabu lalu.

Perjanjian tersebut merangkumi penyediaan peralatan simulator, latihan dan cadangan, SPA melaporkan, memetik seorang pegawai kementerian pertahanan Saudi. Pejabat itu mengatakan jet baru akan membantu pilot Saudi memenuhi syarat untuk menggunakan generasi keempat jet pejuang dalam profesionalisme dan kecekapan.

Menteri Pertahanan Putera Salman bin Abdul Aziz pada bulan April melawat Britain, pembekal utama senjata kepada kerajaan yang kaya minyak itu.

Riyadh pada tahun 2006 menempah 72 Typhoons Eurofighter dalam perjanjian bernilai $ 32.9 bilion dollar termasuk persenjataan dan rawatan jangka panjang. Jet pejuang multi-peranan dibina oleh konsortium Eropah di mana syarikat BAE Systems asal Inggeris mempunyai 33-peratus saham.

Arab Saudi menghabiskan lebih dari 10 peratus dari produk domestik kasar pada pertahanan. Pada bulan September 2010, Washington mendedahkan perjanjian bernilai hingga $ 60 bilion untuk menjual pesawat pejuang F-15, helikopter serang dan peralatan pertahanan lain ke Saudi.

23 May 2012

Hari ini rakyat Mesir bangkit pilih Presiden secara bebas

Lima belas bulan selepas jatuhnya Hosni Mubarak, rakyat Mesir bersiap sedia untuk pergi ke TPS pada hari Rabu, 23 Mei untuk memilih presiden baru dalam pemilihan bebas pertama dalam sejarah Mesir.

"Pilihanraya presiden adalah tonggak dalam sejarah Mesir," Nabil Zaki, seorang penganalisis dari Ahram Center for Political and Strategic Studies, mengatakan kepada agensi berita Xinhua, sebagaimana dilaporkan oleh onislam.net pada Selasa 22 Mei lalu.

Rakyat Mesir akan pergi ke TPS pada hari Rabu dan Khamis untuk memilih presiden baru selepas Mubarak telah digulingkan dalam pemberontakan rakyat tahun lalu.

Tiga belas calon bersaing dalam pilihan raya, termasuk Mohamed Mursi calon dari Ikhwanul Muslimin, bekas Ketua Liga Arab Amr Moussa, aktivis Islam Abdel-Moneim Abul-Futuh dan bekas Perdana Menteri Ahmed Shafiq.

Tinjauan pendapat, sebahagian mengunggulkan dua aktivis Islam, Mursi dan Abul-Futuh, dan dua pegawai era Mubarak, Moussa dan Shafiq.

Dewan tentera sendiri telah menyatakan akan mematuhi keputusan pilihan raya dan langsung menyerahkan kuasa. Namun, rakyat masih risau pilihanraya justeru akan mendorong Mesir pada kekacauan.

[Video] Top Super model Australia kini sudah bertudung

Ini bukan keputusan yang mudah bagi setiap orang untuk menempatkan dirinya pada kedudukan seseorang yang berlainan agama dan kepercayaan yang berbeza.

Kebanyakan orang lebih suka berada pada kedudukan 'zon keselesaan' (comfort zone) nya masing-masing, yang pada gilirannya akan menumbuhkan perasaan pasif mereka terhadap "orang lain" di sekitarnya.

Tetapi, selalu ada pengecualian!

Salah seorang di antara mereka yang cuba keluar dari 'comfort zone' adalah Rachael Finch. Rachael merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia.

Ia meluangkan masa sehariannya dengan cuba mengenakan pakaian jilbab muslimah menutup aurat. Bukan itu sahaja, ia juga cuba menyelami kehidupan umat Islam di Australia selama satu hari untuk lebih mengenal secara dekat orang-orang muslim secara langsung.

Rachael memakai tudung dan memulakan langkah eksperimen aktiviti sosial  'kebiasaanya' dimana ia berinteraksi dengan komuniti Islam.

Rachael cuba mengikuti jejak langkah Rebecca Kay, seorang Muslimah Australia yang taat dan seorang ibu beranak empat. Rebecca lahir di Australia dan menjadi Muslim sekitar lapan tahun yang lalu. Sebelumnya, Rebecca adalah seorang peluncur wanita Wollongong.

"Sebelum saya menjadi seorang Islam, saya merupakan seorang anti Islam. Saya dulu biasa mendengar radio, dan mempunyai sikap yang sama seperti kebanyakan anti Islam yang lain. Saya dulu suka berkata kepada orang lain 'jika kamu (orang muslim) tidak senang di sini, maka silakan kamu kembali ke tempat asal kamu ', "kata Kay seperti dilaporkan Muslimvillage.com.

Mengulas eksperimen aktiviti sosialnya, Rachael mengatakan, "Senang rasanya saya boleh masuk dan mengikuti jejak kedudukan Rebecca, dan menyaksikan dengan sendiri bahawa stereotaip terhadap wanita Islam Australia (yang kerap digemborkan media_red) tidak terlalu benar," katanya.

"Ini merupakan kejayaan-untuk melihat multikulturalisme adalah tentang melihat pada masa kini, kita semua warga Australia tidak peduli apa warna kulit kita, atau apa yang kita anuti, atau apa latar belakang kita-kita semua sama." ceritanya.

"Mereka bijak, mereka pintar, mereka ingin kerjaya dan mereka menginginkan sebuah keluarga, dan bagi saya itu semua menipu," ulasnya.

Rebecca berharap bahawa sesuatu yang baik boleh datang dari pengalaman Rachael, dan hal itu diharapkan dapat mendorong orang untuk lebih berfikiran terbuka.

20 May 2012

Wahabi Arab Saudi keluar dana USD 500,000 untuk bunuh Ulamak Sunni

Sebuah laporan mengatakan golongan Wahabi di Arab Saudi menyediakan dana kira-kira USD 500,000 untuk membunuh seorang ulama Sunni Iran, Molavi Jangi Zehi, di Negeri Sistan Baluchestan di awal tahun ini.

Laporan yang dikeluarkan pada Jumaat (18/5/12) itu menyebut bahawa dua orang yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan ulama itu mengaku menerima sejumlah dana dari Wahabi Saudi.

Jangi Zehi mengimami Solat Jumaat pada tarikh 20 Januari 2012 di bandar RASK. Dalam perjalanan pulang, dia dibunuh oleh sekumpulan pengganas.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, ulama Iran itu selalu menyatakan bahawa mendedahkan kejahatan Riyadh dan rejim Manama adalah kewajipan para ulama Sunni di Iran.

Jangi Zehi termasuk ulama yang memperhatikan persatuan Syiah dan Sunni. Dia percaya bahawa persatuan tersebut akan terus ada di Sistan Baluchestan jika rakyat mengikuti petunjuk Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Sayyed Ali Khamenei.

Mengingat upaya Jangi Zehi mendorong penduduk Sunni di wilayah itu untuk mengikuti pilihan raya, para pemerhati mengatakan tujuan pembunuhan tersebut adalah mencegah jemaah kaum Muslim Sunni di sana.


Data-data yang diperoleh Kementerian itu menunjukkan bahawa kumpulan pengganas Mujahidin Khalq Organization (MKO) terlibat dalam serangan itu. Sementara bukti lain menunjukkan penglibatan Wahabi.

Jabatan Perisikan Iran itu menambah bahawa beberapa negara di kawasan membiayai serangan tersebut.
Pada tarikh 11 April lalu, Jabatan Perisikan Iran mengumumkan bahawa mereka berjaya mengenal pasti dan menangkap 15 pengganas yang berada di balik pembunuhan Jangi Zehi.

Jabatan Perisikan Iran itu menambah bahawa beberapa negara di kawasan membiayai serangan tersebut.

600 Siswa SD di Afghanistan Diracun Seseorang Tak Dikenal

Kira-kira 600 murid sekolah mengalami keracunan di daerah Ismailkhel Mandozai, daerah tenggara propinsi Khost pada Selasa lalu kata pegawai Pendidikan Afghanistan.

Insiden ini terjadi di daerah Urzì, di mana 600 murid sekolah tersebut keracunan, kata jurucakap jabatan pendidikan Syed Musa Majrooh kepada Pajhwook Afghan News.

Punca keracunan yang menyerang beratus-ratus murid tersebut belum diketahui, pihak terbabit percaya bahawa para murid mungkin telah menghidu gas racun secara bersama. "Para murid tersebut tidak mungkin boleh keracunan dalam masa yang sama oleh makanan atau minuman. Saya percaya bahawa sebuah racun telah dilepaskan seseorang ke dalam sekolah".

Ketua Pengarah Kesihatan Umum Dr Amir Badshah Mangal mengatakan ratusan murid yang keracunan tersebut telah dibawa ke Rumah Sakit Umum Khost. Sebuah badan kesihatan dan jabatan pendidikan telah dihantar untuk menyiasat insiden tersebut.

Mangal mengatakan, keadaan kesihatan para murid sudah stabil dan kebanyakan dari mereka boleh dipulangkan secepat mungkin.

Salah seorang murid bernama Wali Noor mengatakan, dirinya tiba-tiba pitam dan pengsan setelah masuk ke dalam kelas. Ia tidak minum atau makan sesuatu sebelum itu. Jadi penyebab keracunan bukan dari makanan atau minuman.

Islam AS hidupkan peranan asal masjid zaman Nabi Muhammad saw

Untuk mengembalikan peranan asal masjid dalam Islam, sebuah Islamic Center di Houston menyeru kepada para Imam untuk memberikan pengajaran kepada jamaah Muslim tentang pengurusan masa kemajuan ekonomi umat.

"Seringkali kita lupa bahawa model masjid pada masa Nabi Muhammad bukan hanya tempat beribadah," kata Khalis Rashaad, Imam of Ibrahim Islamic Center di bandar Houston, kepada Houston Chronicle.

Terletak di Jalan Almeda, masjid ini hanya mendapatkan sumbangan serta memaklumkan kegiatan masjidnya melalui laman facebooknya. Tidak seperti masjid lain, tempat ibadah Muslim itu mempunyai reka bentuk geometri.

Sementara banyak masjid hanya berfungsi terutama sebagai tempat ibadah untuk lima waktu solat, khutbah Jumaat dan kelas agama, Islamic center di Houston tersebut mempunyai kegiatan yang berbeza.

Beroperasi lebih seperti pusat komuniti, pengelolanya sedang bekerja untuk melancarkan beberapa program baru khusus untuk melayani masyarakat dari ekonomi menengah kebawah. Program ini meliputi dapur awam dan bengkel undang-undangdan program sukan, ditambah kaunseling ubat dan alkohol, bengkel perubatan, keusahawanan dan kelas pengurusan kewangan.

"Rancangan kami adalah untuk menangani projek-projek yang banyak organisasi tidak suka menangani," katanya. "Dan di daerah di mana pekerjaan yang diperlukan."

Rashaad berharap untuk menghidupkan kembali peranan asal masjid pada masa Nabi Muhammad SAW ketika umat Islam mengunjungi Masjid untuk mengatasi isu-isu sosial, masalah ekonomi dan membahagikan zakat.

"Sebuah masjid yang berdiri di dalam tembok bukanlah masjid sama sekali, itu kelab," kata Rashaad.

"Kami perlu keluar dalam masyarakat, memenuhi keperluan  masyarakat di wilayah mereka, dengan keadaan mereka."

Imam Rashaad, ayah dari dua anak ini juga salah seorang di antara muslim yang dibesarkan di Amerika yang mengambil kedudukan kepimpinan dalam masjid.

Tahun lalu, ia menyelesaikan program tiga tahun latihan Imam yang dianjurkan oleh Imam Wazir Ali, Muslim kelahiran El Paso yang memimpin di sebuah masjid di tenggara Houston.

9 May 2012

Bar dan night-club di Britain Bertukar Kepada Pusat Komuniti Islam

Islam Britain telah menyambut baik persetujuan rasmi mengenai rancangan mereka untuk menukar bekas pub di barat Norfolk untuk menjadikan pusat komuniti Islam. Mereka berharap kewujudan Islamic centre tersebut akan membantu mengeratkan hubungan antara Islam dengan masyarakat Britain yang lain.

"Kami berterima kasih kepada semua pegawai dan pihak berkuasa yang mengesyorkan kelulusan untuk ini," kata Assam Gabbair, ketua West Norfolk Islamic Association (WNIA), pada BBC, Isnin 30 April.

WNIA telah merancang untuk mengubah tiga tempat iaitu Queen 's Arm, London Road, King' s Lynn, menjadi tempat ibadah atau masjid, pendidikan dan acara keagamaan lain. Tapi, kontroversi terjadi kemudian apabila terdapat lebih dari 700 penentang dengan rancangan perubahan tersebut yang dihantar di laman dewan. Para penetang pembangunan pusat Islam tersebut mendakwa bahawa Islamic centre akan "eksklusif" dan menjadi mangsa untuk kejahatan dan vandalisme, kata BBC.

WNIA sendiri belum mengumumkan waktu Islamic centre itu akan dibuka.

Walaupun mendapat tentangan, namun diyakini usaha untuk membina Islamic centre tersebut akan dapat menghubungkan umat Islam dengan elemen masyarakat yang lain.

"Dalam konteks yang lebih luas dalam masyarakat, Islamic centre ini akan membantu membina jambatan dan setiap pandangan dan persepsi di luar sana kita harus membanteras nya," katanya.

"Mudah-mudahan kita akan fokus pada hal ini."

"Orang ramai perlu belajar tentang perbezaan yang ada antara semua orang yang berbeza yang bekerja dan tinggal di King 's Lynn dan West Norfolk," kata Marie Connell dari West Norfolk Community Action.

"Begitu orang mengetahui dan memahami perbezaan itu saya fikir itu jauh lebih mudah bagi mereka untuk menerima mereka dan bekerja bersama bersama-sama dengan gembira."

8 May 2012

Arab Saudi Harapan Terakhir untuk pertahankan Israel

Sebuah laporan terbaru dari Tel Aviv University mengatakan Arab Saudi adalah harapan terakhir dan garis pertahanan untuk Israel dan menggambarkan Saudi sebagai peluang terakhir bagi kepentingan politik Tel Aviv di dunia Arab.

Laporan itu mengatakan bahawa sebahagian besar sekutu Israel di wilayah tersebut musnah dan tidak dapat memainkan peranan penting di dalam dunia Arab.

Ditambahkannya, Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang berdiri melawan Republik Islam Iran dan dengan demikian itu adalah kubu pertahanan Tel Aviv terhadap Tehran.

Laporan ini juga mencatatkan bahawa keluarga kerajaan sangat penting untuk Israel kerana mereka sangat aktif bekerja di negara-negara seperti Yaman, Mesir, Iraq, dan Lubnan untuk mengurangkan dan menyebarkan pengaruh Iran di negara-negara tersebut.

Pada Mac lalu, seorang ulama senior Mesir menuduh Arab Saudi dan Qatar ikut campur dalam urusan dalaman negara-negara Islam yang lain, dan menyebut dua negara tersebut adalah "hamba Israel."

Sheikh Mohammad Alaedin Madhi mengatakan, kedua-dua negara itu menjalankan rencana Israel-AS di Syria.

Dia juga mengkritik rangkaian televisyen milik Saudi, Al-Arabiya dan tv Al-Jazeera milik Qatar kerana "berkhidmat untuk kepentingan Israel."

Selain itu, dalam e-mel yang dibocorkan oleh WikiLeaks dan diperoleh oleh surat kabar Al-Akhbar berpusat di Beirut, mendedahkan bahawa Arab Saudi telah menghulurkan tangan kepada Mossad, yang membantu kerajaan dengan kaedah "pengumpulan perisikan dan cadangan / perundingan untuk Iran."

Menurut sumber-sumber yang dikutip dalam email tersebut, "Beberapa pegawai Mossad, baik dulu dan sekarang, membuat dan penjual segala peralatan keselamatan ke Saudi dari perisikan dan perundingan."

Al Qaeda Jadikan Australia Sasaran Seterusnya

Al Qaidah akan menjadikan Australia sebagai sasaran serangan mereka, hal ini diketahui dari majalah online milik organisasi tersebut yang baru saja terbit beberapa bulan lalu.

Majalah Al Qaidah INSPIRE memperlihatkan bangunan Opera Sidney House dengan paparan asap di belakangnya dan kata-kata "Bandar Sidney Terbakar".

INSPIRE menulis di salah satu artikelnya: "Ini adalah kebebasan anda untuk menyalakan sebuah bom api". Artikel di majalah tersebut juga memberikan panduan untuk membuat sebuah "bara" bom. Artikel tersebut juga memberikan butiran waktu atau tahun yang terbaik untuk menyalakan bom api tersebut yang boleh mencetuskan kebakaran di berbagai hutan Australia.

Artikel di majalah online tersebut kelmarin dikutuk oleh Peguam Negara Australia Nicola Roxon. Namun ia meyakinkan masyarakat Australia bahawa tidak akan ada ancaman keganasan dalam waktu terdekat ini.

Artikel tersebut juga memberikan contoh dan statistik kebakaran semak yang pernah menghancurkan New South Welsh dan Queensland.

INSPIRE adalah sebuah majalah berbahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Al Qaidah Semenanjung Arab (AQAP) yang berpusat di Yaman dan diyakini terlibat pelbagai serangan di dalam dan di luar Yaman, termasuk di Amerika.

Taliban Semakin Kuat dan Hebat

Anggota senior parlimen AS mengatakan kumpulan Taliban semakin kuat di Afghanistan sejak Amerika Syarikat menambah jumlah pasukannya pada tahun 2010.

"Saya fikir kami berdua mengatakan bahawa apa yang kami dapati adalah Taliban lebih kuat," kata Ketua Jawatankuasa Perisikan Senat Dianne Feinstein kepada Fox News Sunday dalam wawancara bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Kongres Mike Rogers, yang menyokong kenyataan, sebagaimana dilaporkan oleh presstv, Minggu 6 mei lalu.

Kedua-duanya baru saja kembali dari perjalanan di Afghanistan. Isu itu muncul, meskipun laporan terakhir minggu lalu ke Kongres oleh Jabatan Pertahanan AS yang menegaskan bahawa penghantaran 33,000 tentera tambahan oleh Presiden Barack Obama ke Afghanistan pada tahun 2010 telah melemahkan Taliban.

Selama kunjungannya ke Afghanistan, Obama sendiri mengatakan AS "telah mematahkan momentum Taliban.''

Pencerobohan pimpinan Amerika di Afghanistan dilancarkan pada tahun 2001. Serangan tersebut berjaya mengusir Taliban dari kekuasaan, tetapi perlawanan dari para pejuang Taliban terus berlangsung. Bahkan hingga Obama perlu untuk menambah tenteranya di sana.

PBB mengumumkan pada tarikh 4 Februari lalu bahawa 2011 adalah tahun yang paling kejam bagi warga awam Afghanistan.

Secara keseluruhan, 3,021 orang awam terbunuh dalam kekerasan berkaitan perang pimpinan AS dan 4,507 cedera pada tahun 2011. Jumlah korban menunjukkan kenaikan lapan peratus berbanding tahun sebelumnya dan kira-kira dua kali ganda dari tahun 2007.

Hukum Mati Pada Penghina Rasulullah

Parlimen Kuwait pada Khamis lalu, 3 Mei bersetuju penggubalan undang-undang yang membuat penghina Allah atau Nabi Muhammad SAW boleh dihukum mati. Keberanian ini mencetuskan perdebatan panas mengenai kebebasan bersuara di negara kecil di Teluk Arab tersebut.

"Kami tidak mahu melaksanakannya kerana orang berpendapat atau berfikir kerana Islam menghormati orang-orang ini," kata anggota parlimen dari pembangkang Ali al-Deqbasi, Agence France-Presse (AFP) melaporkan.

"Tapi kita perlu undang-undang ini kerana kejadian penghinaan terhadap Allah meningkat. Kita harus mencegah mereka."

Pada keputusan kedua dan terakhir daripada pungutan suara, 40 ahli parlimen memilih untuk meluluskan RUU yang akan memberi hukuman mati pada mereka yang menghina Allah atau Nabi Muhammad. Dalam pindaan tersebut, pesalah yang membela tindakan mereka ketika ditanya oleh hakim akan menghadapi hukuman mati. Terdakwa yang bertaubat di mahkamah akan terhindar hukuman mati tetapi akan mendapatkan hukuman penjara selama lima tahun dan denda $ 36.000 atau salah satunya.
 
Taubat oleh pesalah yang mengulangi kejahatan tidak boleh diterima di bawah RUU tersebut. Non-Muslim yang melakukan kesalahan yang sama akan menghadpi hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun, menurut RUU.

RUU itu sekarang menunggu kelulusan penguasa Kuwait untuk menjadi undang-undang. Menteri Kehakiman dan Urusan Islam Jamal Shehab mengatakan kepada pemberita selepas pungutan suara bahawa kerajaan akan menerima dan melaksanakan undang-undang.

Pencacian adalah haram mengikut hukum penerbitan Kuwait dan di bawah undang-undang jenayah sebagai fitnah atau pencemaran nama baik. Saat ini pelanggaran itu mendapatkan hukuman penjara, panjangnya bergantung pada beratnya komen dan kesan yang dirasakan pada masyarakat, peguam mengatakan.

Islam membentuk sekitar 85 peratus daripada penduduk Kuwait. Orang asing kristian dan Hindu adalah kelompok terbesar seterusnya.

Namun RUU ini mendapat penentangan terutama dari kelompok syiah.

"Mengapa kita cuba untuk menunjukkan Islam sebagai agama kematian dan pertumpahan darah ketika itu sebenarnya sebaliknya," Abdulhammed Dashti ahli parlimen Syiah mengatakan.

Syiah juga menuntut ahli parlimen bahawa RUU itu juga harus menjatuhkan hukuman mati pada sesiapa yang mengutuk 12 imam mereka, tetapi parlimen yang didominasi Sunni menolak permintaan mereka.

Syiah dibuat sekitar satu pertiga daripada 1.1 juta warga negara Kuwait dan ahli mereka dapat ditemui dalam kedudukan penting di parlimen, media dan perniagaan.

Undang-undang Syariah Nigeria Selamatkan Janda

Membantu kanak-kanak dan anak-anak yatim, polis Nigeria memimpin program perjodohan bertujuan membantu para janda untuk dijodohkan dengan lelaki yang sesuai untuk mengurangkan masalah sosial negara itu dengan menyediakan rumah yang selesa bagi kanak-kanak.

"Dengan situasi keselamatan ketika ini di Kano, kanak-kanak terbiar dan tanpa penjagaan dari orang tua lebih cenderung mudah dipengaruhi dengan kekerasan," Nabhany Usman, wakil ketua Hisbah, polis syariah, kepada Agence France Presse (AFP) , sebagaimana dilaporkan oleh onislam, Jumaat 4 Mei lalu.

"Hal ini sangat penting untuk menyelamatkan mereka dari unsur-unsur keganasan melalui program ini, di mana mereka boleh mempunyai kehidupan keluarga yang stabil dengan ibu mereka dan ayah tiri yang mengasuh mereka."

Program ini diperkenalkan Februari lalu oleh polis Syariah Islam di Kano, bandar terbesar di utara Nigeria yang majoritinya Muslim, berharap untuk melawan keganasan yang meningkat di kalangan pemuda Nigeria.

Ini bermula melalui pengumuman radio pada pertengahan Februari menyeru lelaki secara terbuka untuk menikahi janda.Para wanita dihimpunkan melalui sebuah NGO bernama Voice of Widows, divorcees and Orphans of Nigeria (VOWAN).

Tahap pertama, para lelaki dan wanita dijemput untuk dipilih sesuai dengan keinginan dan latar belakang pendidikan mereka. Soalan-soalan yang diajukan oleh panel polis merangkumi maklumat asas, seperti pekerjaan, pendapatan dan bilangan anak. Para lelaki juga ditanya alasan mereka untuk berkahwin lagi. Mereka yang memenuhi syarat tersebut kemudian dibenarkan untuk saling bertemu di pejabat Hisbah, memilih sendiri di antara peserta yang mungkin mereka ingin berkahwin.

Sebuah perkahwinan beramai-ramai akan diadakan untuk peserta, tetapi mereka yang lebih memilih untuk tidak menunggu juga boleh meneruskan dengan perkahwinan mereka sendiri.

NGO Kesihatan juga menawarkan ujian HIV percuma untuk para pencari pasangan, yang mana Hisbah telah membuat kewajipan tersebut untuk para pemohon.

Mencari perkahwinan dan kedamaian, Amina Adamu, 38, adalah salah seorang peserta dari 100 calon perempuan di Kano.

"Aku memerlukan seorang suami yang matang, ikhlas dan mengambil berat, itulah sebabnya saya ingin Hisbah untuk terlibat dalam pilihan saya kerana saya memerlukan keselamatan dalam perkahwinan saya," kata Adamu pada AFP tak lama setelah ditapis oleh pasukan panel.

Tim Hisbah tersebut juga memberikan kemudahan dengan membayar mahar dan menyediakan bantuan ala kadarnya untuk membina rumah. Di Nigeria, mahar yang diajukan biasanya sangat tinggi.

"Sangat mahal untuk menikahi seorang wanita muda, mengapa saya ingin menjadi sebahagian daripada inisiatif ini untuk membolehkan saya berkahwin dengan wanita pilihan saya dengan kos rendah," ungkap Ismail Ibrahim, sarjana 25 tahun dan seorang guru.

Altine Abdullahi, kepala VOWAN di Kano, juga berharap program ini akan mengurangkan fenomena peningkatan perceraian kerana laki-laki yang berkahwin melalui program ini tidak boleh menceraikan isteri mereka tanpa izin dari Hisbah.

1 May 2012

Gempar! AS, Arab Saudi dan Qatar hantar Senjata kepada pemberontak Syria

Peguam Antarabangsa menyalahkan Amerika Syarikat, Israel, Arab Saudi dan Qatar atas edaran senjata ke Syria dan akibat bencana dari pembekal senjata tersebut, laporan Press TV.

Franklin Lamb membuat kenyataan pada hari Isnin (30/4) sehari selepas sebuah kapal kargo yang dihantar dari Libya sarat dengan senjata dinantikan  di Lubnan. Senjata-senjata itu dilaporkan dihantar untuk kumpulan-kumpulan bersenjata untuk melawan kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad.

"Kami mempunyai beberapa bukti berkaitan perkembangan Lutfallah II, kapal Sierra Leone, yang diambil dari Pantai Tripoli di Libya dan sekarang sedang di siasat oleh tentera Lubnan," kata Franklin Lamb dalam sebuah wawancara dengan Press TV.

Lamb mengatakan bahawa mempersenjatai para pemberontak Syria adalah strategi yang digunakan oleh Arab Saudi, Israel, Qatar, dan juga di Washington dengan kerjasama NATO untuk menukar kerajaan Syria.

"Dengan menghantar senjata  mampu menamatkan rejim di Syria. Dan ini amat penting buat mereka yang berada di sana dengan senjata," tambah Lamb.

Sejak awal rusuhan di Syria pada pertengahan Mac tahun lalu, penyeludupan senjata ke negara itu meningkat dihantar oleh pihak asing untuk membantu pemberontak melawan pemerintah Assad.

Damsyik telah berulang kali mengatakan bahawa kumpulan pengganas yang beroperasi di negara itu dibiayai dan dilengkapi oleh negara asing, terutama Arab Saudi dan Qatar.

Laporan penyiasatan terkini menunjukkan bahawa Qatar membina kekuatan tentera anti-Syria yang berpusat di Turki, dengan kerjasama ankara untuk menggulingkan kerajaan di Damsyik.