28 February 2013

Kisah Sebenar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah Dan Waris Sultan Sulu Filipina

Sunguh kecewa melihatkan perkembangan pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh (waris Sultan Sulu) ini. Terus-terang kami katakan askar kita tiada masalah. Mereka menjalankan tugas dengan sebaiknya atas arahan.

Cuma…..kami bermasalah dengan Menteri Dalam Negeri ketika ini yang boleh kami katakan sangat lemah….Mengapa?

Datuk Seri Najib Razak, terus-terang kami katakan sepupu Datuk Seri sangat-sangat lemah. Ada lebih ramai lagi pemimpin yang lebih layak menggalas Kementerian ini, mengapa beliau yang dipilihnya? Kami agak musykil sebenarnya pemimpin yang sebegini boleh dipertanggungjawab menjaga satu kementerian yang cukup penting.

Sekarang ini beliau telah berikan “baton” pula kepada Wisma Putra untuk menyelesaikannya isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini. Jadi apa peranan beliau jadi Menteri Dalam Negeri?

Berita terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah….
 
Pencerobohan Lahad Datu Sabah : KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran

   "KLUANG:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah.

    Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berharap jika permohonan terbabit dipersetujui, tempoh lanjutan itu tidak terlalu lama kerana pihaknya tidak akan berkompromi dengan anasir yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.

    Pihak berkuasa negara sedang memujuk kumpulan itu supaya segera meninggalkan Sabah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya. SUMBER : BERNAMA
"

Dalam keadaan pencerobohan Lahad Datu Sabah genting sebegini, masih lagi mahu runding lagi? Boleh pula minta tangguh dan biarkan askar penceroboh Lahad Datu Sabah ini begitu sahaja.

Ada penceroboh bersenjata ceroboh rumah kita, nak ambil “harta” kita. Dalam hal sebegini, “kill or be killed”. Pilih yang mana satu?

Mengapa apabila dengan rakyat sendiri seperti apa yang berlaku di terhadap kes Memali contohnya semudah itu mereka ditembak mati? Tidak pula untuk kali ini? Mengapa tidak bertindak tegas untuk kes yang terang-terang telah menceroboh kedaulatan dan keamanan negara?


Mengapa?

Lanjut tempoh dengan harapan pencerobah Lahad Datu Sabah akan menyerah kalah dan mereka akan pulang dengan aman? Adakah itu harapan yang cuba diberikan disebalik isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini?

Selepas itu akan akan datang, mereka akan buat lagi…..

Adakah ini ada kaitan dengan kegusaran Menteri yang masih lagi tidak memberikan arahan tembak kepada kalangan askar terlatih kita, dek kerana brisiko & bahaya lambakan kumpulan Filipina ketika ini yang berkampung di Sabah sejak sekian lamanya “Projek IC sabah” seperti dibongkarkan

Dan kepada penceroboh Lahad Datu Sabah oleh penceroboh Sulu ini. Anda perlu fahami jikalau mahu semak sejarah semula, Filipina tiada kena mengena dengan Sabah sekarang. 
  • Singkap semula sejarah sekitar 1654 di mana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah.
  • Jadi, jikalau diikutkan Brunei yang lebih berhak menuntut Sabah sebenarnya kerana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah ini kepada kepada Sultan Sulu (yang memerintah sebahagian daripada apa yang dikenali Filipina sekarang.
  • Pada tahun 1878 sultan Sulu memajak Sabah selama-lamanya kepada Syarikat Borneo Utara British.
  • Pada tahun 1946, syarikat itu menyerahkan Sabah kepada Britain.
  • Sebelas tahun kemudian, Sultan Sulu mengisytiharkan pajakan dibatalkan. 
  • Tetapi Brunei telah reda yang Sabah sekarang sudah berada dalam Malaysia selepas bersetuju masuk Malaysia 1963 dan telah diiktiraf PBB, menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jadi nasihat kami, lupakan sahaja Sabah ini.
Punca Pencerobohan Lahad Sabah Oleh Penceroboh Sulu? 
  • Kumpulan 100 warga Filipina lengkap uniform + senjata (M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol). Sekali lagi kami tekankan mereka lengkap bersenjata api.
  • Mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu Sabah sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan “Raja Sulu” dari selatan Filipina.
  • Mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
  • Pencerobohan Lahad Datu Sabah disebabkan mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia.
Koleksi Gambar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan Sulu?








Jikalau berdegil juga, ada baiknya askar Malaysia tembak sahaja demi keselamatan semua rakyat Sabah amnya. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan Malaysia jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara.

Ini melibatkan maruah negara. Sudah terlepas masuk ke dalam negara penceroboh yang mengatakan mereka waris raja Sulu sudah dikira bpenghinaan kepada keselamatan negara Malaysia. Kami mahu segera tarik keluar penceroboh (waris Sultan Sulu) dari kawasan kedaulatan Malaysia(Lahad Datu Sabah)

Yang menarik perhatian kami mengenai pencerobohan Lahad Datu Sabah oleh waris Sultan Sulu ini apabila kami bandingkan situasi pencerobohan di negara lain :
 
  • Di Amerika : Arizona border agent shoots, kills man suspected of illegal crossing (Sumber : Reuters)
  • Di Iran : Detention of american hikers/spies (allegedly crossing into Iran) (Sumber : Wikipedia)
  • Di Korea Utara : North Korea sentences US journalists to 12 years hard labour (Sumber : Telegraph)
  • Di Rusia : Chinese workers arrested in Russia for illegally crossing border (Sumber : Peopledaily.com.cn)
  • Di Israel : Saudi man home after 6 years in Israeli jail for border crossing (Sumber : Digital Journal
  • Bagaimana pula di Malaysia? Pencerobohan Lahad Datu Sabah? Penyelesaiannya?
Apa pandangan anda pula mengenai perkembangan isu pencerobohan Lahad Datu Sabah ini?

sumber :beritasemasa.com

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Subhanallah! Keajaiban Ciptaan Allah Di Gurun Gobi, China

Kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China terdapat sebuah keajaiban alam yang mana ia mempunyai satu lanskap tasik yang sangat menarik. Ia juga turut dikelilingi dengan gunung pasir.

Kebiasaannya kita sering dibayangi dengan suasana gurun yang hanya berlatarkan tempat yang kurang menarik. Terdapat sebuah gurun yang terletak kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China. Ia dikelilingi oleh gunung pasir menjadikan tempat ini satu keajaiban alam. Jika dilihat seolah-olah tempat ini menyerupai bentuk bulan sabit Sejak tahun 1960 kedalaman tasik disini terus menurun, tapi pada tahun 2006 kerajaan tempatan dengan bantuan kerajaan pusat mula memulihkan kembali kedalaman tasik ini. Jom lihat gambar di bawah ini.










Subhanallah, sungguh hebat ciptaan Allah. Terdapat sebuah tasik di tengah-tengah gurun tersebut. Apa yang menariknya, ia turut dikelilingi dengan gunung-gunung pasir. Alhamdulillah, pihak sana telah mengambil inisiatif mencantikkan lagi tempat tersebut walaupun ia jauh dan agak sukar untuk orang ramai bertandang ke sana.

Misteri Mayat Terapung di Pulau Ketam

Gambar Hiasan
Satu mayat lelaki dengan kecederaan di kepala telah ditemui oleh sekumpulan nelayan terapung berdekatan dengan Pulau Ketam di Klang. Mayat siapakah itu?

Sekumpulan nelayan yang menaiki bot terkejut sebaik menemui mayat seorang lelaki terapung dengan kesan luka di kepala ketika melalui kawasan perairan Pulau Ketam, di sini, semalam. Mayat lelaki terbabit ditemui jam 1.45 tengah hari sebelum pihak polis dimaklumkan kejadian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sebaik menerima maklumat, sekumpulan anggota Polis Marin dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Katanya, mayat lelaki yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju itu dibawa ke Jeti Pangkalan Marin, Pulau Indah, di sini, sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat luka di kepala mangsa yang berukuran kira-kira 3 inci dan mangsa dipercayai berusia lingkungan 30-an. “Namun, polis masih belum memperoleh butiran peribadi mangsa berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada seluar mangsa dan sekitar tempat mayat ditemui,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai mati kurang dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat sewaktu ditemui namun polis masih menyiasat sama ada mangsa dibunuh atau tidak. Beliau berkata, setakat ini polis menyiasat dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).
 
P/S– Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali. Berkemungkinan besar mayat lelaki yang dijumpai ini adalah mangsa perbuatan jenayah. Banyak sungguh jenayah di Malaysia baru-baru ni. Nauzubillah. Semoga Allah melindungi diri kita dan keluarga daripada kejahatan jenayah semacam ini. Amin.

Subhanallah! Budak 12 Tahun Sudah Menjadi ‘Doktor’?

Muhammad Rafiq membacakanya ayat al-Quran kepada orang yang dirawat
Seorang budak 12 tahun dipercayai mampu mengubati segala penyakit yang dialami oleh semua orang. Kebolehan budak ini telah diakui oleh beberapa pesakit yang mendakwa sembuh setelah menerima rawatan daripadanya. Budak yang dikenali sebagai Muhammad Rafiq ini tidak menyangka dirinya mempunyai kebolehan luar biasa. Namun begitu, ia tidak menjadi masalah sekiranya rawatan ini dijalankan menggunakan ayat-ayat al-Quran. Selain itu, kita tidak boleh terlalu taksub sehingga menyangka budak ini penyebab sesuatu penyakit itu sembuh kerana semua ini adalah atas izin dari Allah SWT.

JIKA kanak-kanak lain mengisi masa lapang dengan bermain bola dan badminton, lain pula adik Muhammad Rafiq Rahmat, 12, yang mengisi masa lapangnya dengan mengubati penyakit.

Muhammad Rafiq dikatakan berkebolehan dalam mengubati penyakit sejak enam tahun lalu memenuhi masa terluang dengan tuntutan orang ramai yang mahukan perkhidmatannya.

Anak bongsu daripada empat beradik yang tinggal di Taman Desa Kiara, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, menggunakan kaedah membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, bermohon kepada ALLAH SWT agar menyembuhkan penyakit individu yang dirawat dan menghembus pada bahagian yang sakit.

Ibunya, Latifah Arifin, 48, berkata, keistimewaan yang dimiliki anaknya itu mula dikesan sejak berusia enam tahun.

“Saya menjadi tukang urut dan membantu merawat penyakit seperti gangguan makhluk halus secara tradisional diikuti bacaan ayat al-Quran sejak 12 tahun lalu.

“Namun, kedatangan seorang pesakit lelaki yang mengalami penyakit kayap diperut, membongkar keistimewaan Rafiq.

“Saya tidak dapat menolong lelaki itu. Namun Rafiq secara tiba-tiba menawarkan diri untuk membantu,” ujar Latifah ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Dia menambah, anaknya itu melakukan hembusan dengan bacaan ayat suci al-Quran bagi merawat pesakit berkenaan yang kemudiannya beransur pulih.

Rata-rata pesakit yang pernah menerima rawatan daripada anaknya itu berkata hembusan anaknya akan meresap ke dalam kulit dan terasa sejuk.

Murid tahun enam di sekolah kebangsaan Cina, di sini, berkata, dia tidak menyangka dikurniakan kelebihan tersebut meskipun dalam usia muda.

“Niat saya hanya untuk bantu orang dan kelebihan yang ALLAH SWT beri ini akan saya gunakan sebaik mungkin.

“Walaupun saya masih muda, saya akan mempraktikkan ilmu ini kerana niat saya ikhlas untuk membantu merawat penyakit orang ramai,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi doktor.

Dia yang masih belajar mengaji dengan ibunya, berasa bersyukur dikurniakan kelebihan itu.

Ikhtiar berubat

Latifah berkata, kebolehan anaknya itu tidak menjejaskan pelajaran kerana kaedah rawatan hanya mengambil masa antara lima hingga 10 minit.

Kaedah rawatan anaknya itu tidak memerlukan pengeras, cukup sekadar sumbangan ikhlas daripada pesakit.

“Ketika mengandung Rafiq, saya pernah bermimpi bertemu seorang lelaki yang mendakwa anak ini istimewa dan mempunyai kelebihan yang luar biasa.

“Sebaik saja bersalin, lelaki misteri tersebut muncul seketika untuk melihat anak saya sebelum hilang,” katanya.

Dia dan suami, Rahmat Deraman, 42, tidak akan menghalang anaknya mengubati orang kerana ia perkara baik. Bagi mereka, usaha anaknya itu hanyalah ikhtiar untuk merawat penyakit itu.

Sementara itu, seorang pesakit yang enggan dikenali berkata, dia menderita penyakit kayap di perut sejak sekian lama dan berputus asa kerana banyak tempat sudah pergi untuk mengubati penyakitnya itu.

“Selepas mendapatkan bantuan Rafiq, alhamdulillah dengan izin ALLAH, penyakit saya beransur pulih dan kini kembali sembuh,” katanya.

Pesakit wanita berusia 62 tahun yang sebelum ini mengalami penyakit gatal-gatal di kepala hanya menggunakan sapuan ubat untuk menangani kegatalan.

“Setelah Rafiq membacakan ayat dan menghembus ke atas kepala saya, syukur rasa gatal itu kian terasa semakin berkurang,” katanya.

Tarian Harlem Shake Tidak Wajar Di ikuti

Harlem Shake pertama kali di cipta oleh lima orang remaja dari Queensland, Australia. Jika dikaji sejarah terciptanya tarian Harlem Shake, ianya merupakan satu tarian yang cukup popular pada tahun 80an di sebuah kawasan bernam Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.

Penari hanya perlu perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Ianya dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama.

Video viral tarian Harlem Shake pertama telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Harlem Shake dapat ditonton menerusi laman YouTube.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Parody?

Parody bermaksud “sebuah bentuk komedi” yang digunakan untuk menyindir, mempermainkan, atau untuk mendatangkan keseronokan terhadap sesuatu hasil kerja atau karya orang lain. Kebanyakkan Parody yang dihasilkan atas dasar suka-suka dan untuk hiburan semata-mata.
Tarian Harlem Shake

Hari ini Parody Harlem Shake telah menjadi satu budaya yang menjadi ikutkan oleh orang ramai bahkan di negara Malaysia juga yang tidak ingin ketinggalan untuk menghasilkan parody sendiri demi untuk mempamerkan hasil kerja dan kreativiti sendiri untuk dipertonton kepada orang ramai.

Apa yang dikesalkan adalah, budaya Parody ini semakin hari semakin diluar batasan kerana ramai masyarakat terutamanya yang beragama Islam mula meniru apa yang dilakukan oleh orang Barat. Dalam video yang kami tonton beberapa hari yang lepas ni laman facebook setelah dikongsikan oleh seorang rakan menunjukkan 1 keluarga membuat video parody dimana isteri tidak menutup aurat dan anak kecilnya juga ikut sama di menari. Walaupun video tersebut dirakam di dalam rumah, tetapi video tersebut telah di “upload” di laman Youtube dan menjadi tontonan orang ramai.

Mungkin ada yang berkata hiburan tidak salah, sekadar untuk suka-suka, sekadar berjenaka dan banyak lagi. Ya memang betul hiburan itu tidak salah tetapi kita perlu tengok pada isi hiburan tersebut.

Sudah berterang-terang tarian Harlem Shake ini dihasilkan oleh orang Barat yang langsung tiada ada unsur-unsur kebaikkan dan berfaedah malahan ianya berbentuk tarian yang menghairahkan dimana lelaki dan wanita bergaul bebas, memakai pakaian tidak senonoh dan malahan ada wanita yang berpakaian tidak senonoh dan menayangkan tubuh badannya sambil menari.

27 February 2013

Lagi kes Satu Penduduk Minum Dan Bermandikan Air Mayat

Sejumlah 337 penduduk di kawasan perumahan Taman Titingan ingin menyaman pihak tertentu atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan ada mayat reput dijumpai dalam tangki simpanan perumahan. 

Jika kita melihat air sungai mahupun laut dicemari dengan sampah, sudah tentu kita tidak ada ‘selera’ untuk bermandi-manda di kawasan tersebut. Namun apakah perasaan kita apabila air yang digunakan untuk minum dan mandi sebenarnya adalah air yang dicemari dengan mayat reput. Itu yang berlaku terhadap sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.

Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu.
 
P/S -  Sukar untuk dibayangkan bagaimana mereka menghadapi situasi ini. Sudah pasti para penduduk di kawasan perumahan ini akan berasa tetekan dengan peristiwa yang berlaku. Menggunakan air yang tercemar dengan mayat yang reput boleh menyebabkan seseorang itu fobia dengan apa yang dihadapinya.  Oh, sukar untuk dibayangkan!

Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah

Assalamualaikum kepada pembaca semua dalam artikel kali ini penulis kongsikan kisah percintaan agung iaiti Kisah Cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah yang sangat sesuai untuk kita semua jadikan contoh dan tauladan dalam usaha memilih pasangan hidup kita.

Penulis juga ada sediakan artikel Panduan Berkahwin Ikut Cara Islam, yang penulis kongsikan untuk pembaca semua, bagi mereka yang ingin berkahwin sangat sesuai untuk membaca artikel panduan berkahwin ikut cara islam.

Penulis kongsikan mengenai kisah percintaan hebat Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah RA.

Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.

Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya.

Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah

Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.

Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.

Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

Contohilah kisah cinta dua manusia agung ini…

Pengacara ‘Discovery Chanel’ mendapat hidayah di bawah lautan

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV `Discovery Chanel’ pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli Oceanografer dan pakar selam terkemuka dari Perancis.

Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba Captain Jacques Yves Costeau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu menjadikan Mr. Costeau pelik dan mendorongnya untuk mencari jawapan penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan.

Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak juga mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez.

Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laayabghiyaan…” Artinya: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.

Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” Ertinya “Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemui mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.

Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman semasa belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman lautan.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Subhanallah… Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.”
Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Kisah Isteri Mengamalkan Nasi Kangkang

Nasi kangkang atau nama ‘saintifiknya’ Nasi Tangas ini diklasifikasikan sebagai ilmu Guna Guna atau Ilmu Pengasih. Nasi Tangas ini selalunya disediakan oleh si isteri untuk disajikan kepada suami dengan niat untuk menundukkan atau membodohkan mereka dan juga untuk membuat pasangan bertambah kasih dan sayang kepada mereka.

Kisah Isteri Mengamalkan Nasi Kangkang

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok. ‘Eh, makin kurus nampak. Diet ke?’ kata saya setelah mempersilakannya duduk.

‘Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,’ balas Arifin. ‘Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,’ Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. ‘Orang rumah saya sakitlah, ustaz’, kata Arifin.

‘Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?’ saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

‘Entahlah.’ katanya perlahan.. ‘Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang.. penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,’kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya. ‘Sakit apa, doktor pun tak tau,’tambahnya.

‘Dah pergi berubat kampung?’ saya bertanya.

‘Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian, sampuk dan macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,’jelas Arifin. Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut.. ‘Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,’ tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

‘Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,’kata Arifin. Wajahnya sayu … ‘Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu’.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. ‘Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi,saya harap ustaz dptlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,’ tambah Arifin.

‘InsyaAllah. ‘ Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati. ‘Apa yang dia cakap masa meracau tu?’

‘Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah , orang dah sakit memang macam tu,’kata Arifin. Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri.. Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya. ‘Datang ya, ustaz . Saya tunggu,’
katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak. ‘Jemput masuk ustaz,’Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

‘Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,’ bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

‘Za.. Ni Ustaz Nahrawi datang,’ kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;’Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung’. ‘Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,’ jawab Arifin.

‘Err,. dari mana datangnya bau yang.’ soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

‘Ooo. mmm, dari alat sulit dia,’kata Arifin perlahan. ‘Keluar lendir bercampur nanah’…

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

‘Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah saya pun sudah.’

‘Kalau macam tu, baguslah,’kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. ‘Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,’ kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

‘Ustaz,’katanya.. ‘Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu’

‘Kenapa?’pantas saya bertanya….

‘Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya’ . Arifin menyambung ceritanya; Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya. Saya tanya ‘Kenapa?’

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. ‘Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.’ Saya tanya, masa bila awak buat?’ Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. ‘Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan. ‘Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan… ‘ Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. ‘Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,’ kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.’ Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. ‘Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.’

‘Ampunkan dia?’ Arifin bertanya balik. ‘Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?’ tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut.

‘Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,’ jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. ‘Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,’ jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali. ‘Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,’ kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

‘Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

‘Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa semata-mata.

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur

Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.

Dihempap Ketika Tidur

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Penulis percaya, tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.

Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: “Betul ke bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”

Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.

Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?

Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?

Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak

Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan. Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur

Kaedah Islam

Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Bagi yang pernah alami gejala Dihempap Ketika Tidur penulis harap anda sudi kongsikan pengalaman anda.

Subhanallah! Kisah Keislaman Adam Corrie Lee Abdullah

Antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah nikmat Islam. Kita sangat beruntung jika dilahirkan dalam keadaan Islam. Namun seorang lelaki yang dikenali sebagai Adam Corrie ini menceritakan bagaimana dirinya boleh memeluk agama Islam. Biarpun seperti yang kita tahu, dia dahulunya merupakan penganut agama lain. Tetapi disebabkan hidayah Allah yang cukup tidak ternilai, Adam Corrie Abdullah dipilih Allah untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di bumi ini atas nama Islam. Alhamdulillah.

Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Saya ada banyak menerima mesej dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman.

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah.
alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun.
Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

1. Kaabah. – sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup.

Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur; “Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah.”

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu.

Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu. Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)  Alhamdulillah

Kasihan! Seekor Kucing Tersangkut Di Puncak Pokok Kaktus

Seekor kucing telah dilihat tersesat di atas puncak pokok kaktus selama 3 hari. Bagaimana dan kenapa kucing tu boleh berada di situ?

Beberapa orang penduduk bimbang dengan nasib seekor kucing yang tersangkut di puncak sebatang pokok kaktus setinggi 20 kaki (6.5meter) sejak lebih tiga hari. Kejadian yang berlaku di Salt River, Arizona itu menyaksikan penduduk beberapa hari mencari jalan untuk menurunkan kucing tersebut.

Menurut salah seorang penduduk, JD Robbins “kucing itu barangkali telah dikejar oleh anjing hutan. Walaupun tersangkut begitu lama, ia tetap kelihatan tenang”. Dilaporkan bahawa kucing malang tersebut sudah tersangkut di puncak pohon kaktus tersebut sejak tiga hari tanpa makan dan minum di bawah panas terik matahari di kawasan gurun tersebut.

Segelintir pakar menyatakan bahawa adalah lebih berbahaya untuk menyelamatkan kucing tersebut – manakala pihak bomba pula menasihatkan tidak perlu, kerana ia akhirnya pasti akan turun sendiri. Dakwaan tersebut tenyata benar apabila kucing tersebut akhirnya memberanikan diri untuk turun sendiri tanpa sebarang bantuan manusia sambil gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar Fox9 TV.


P/S: Kucing kalau buat jahat tidak dapat dosa, kalau buat baik tidak pula dapat pahala. Manusia pula, kalau buat baik dan mempunyai kalimah tauhid yang mengesakan Allah akan masuk ke syurga. Inilah pilihan jalan kita di akhirat kelak dan dunia adalah ladang tanaman untuk kita usahakan untuk mereliasikan impian kita di akhirat.

26 February 2013

Hindu: Biarkan diri dipijak lembu agar doa dimakbulkan

Ekadashi ialah amalam turun temurun penganut Hindu di daerah Ujain,Madhya Pradesh india. Penduduk Ujain percaya dengan membenarkan lembu suci memijak mereka ketika upacara Ekadashi, doa mereka akan dimakbulkan tuhan.

Ekadashi diadakan sehari selepas perayaan Deepavali dan sudah dilakukan berabad lamanya Penduduk Ujain mendakwa sejak Ekadashi dimulakan tidak pernah ada penduduk yang tercedera akibat dipijak. Sebelum melakukan upacara Ekadashi, mereka yang mahu menyertainya perlu berpuasa selama lima hari.

 

P/S: Sebaiknya ia dipijak oleh gajah baru betul-betul makbul kot? macam-macam hal...

Pasangan Tua Tinggal Di Rumah Tengah Highway China

Pasangan ini enggan berpindah dari rumah mereka yang kini terletak di atas lebuhraya China kerana mereka menyatakan pampasan yang kerajaan beri tidak cukup untuk membeli rumah baru. Jadi sehingga kini cuma rumah mereka sahaja yang tidak dirobohkan.








Subhanallah! 10 Fakta Menarik Mengenai Kelahiran

Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

2. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

7. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Kisah sedih 5 Budak Mati Di Dalam Tong Sampah

Lima budak berusia sembilan hingga 13 tahun yang melarikan diri dari rumah, meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan selepas mereka terhidu racun karbon monoksida akibat tong sampah yang menjadi tempat mereka berlindung, disambar petir.

Budak berkenaan yang merupakan adik beradik dan sepupu itu lari dari rumah lebih seminggu lalu. Mereka dijaga oleh nenek mereka yang buta di perkampungan Caqiangyan.
Mayat budak-budak berkenaan. Zhongjin, Zhonghong, Zhonglin, Chong dan Bo ditemui dalam tong sampah.Ketika kejadian, hujan lebat dan cuaca sejuk hingga ke paras 4 darjah celsius.

Malang menimpa apabila petir menyambar tong sampah itu, menyebabkan mereka meninggal dunia selepas terhidu karbon monoksida itu. Bapa mereka dipercayai pemungut sampah di Shenzhen, manakala ibu kepada salah seorang mangsa telah meninggalkan bandar berkenaan. 

 

Bapa Nikahkan Anak Perempuan Berumur 12 Tahun Untuk Elak Maksiat

KULIM – Seorang penduduk kampung bersetuju untuk mengahwinkan anak perempuannya berusia 12 tahun dengan pemuda 19 tahun, mengatakan bahawa mereka tidak perlu terjebak dengan perbuatan haram.

Saad Mustafa berkata dia telah berfikir masak-masak tentang perkahwinan anaknya yang masih muda itu dan sedar tanggungjawab dalam kehidupan selepas berkahwin.

“Lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan sesuatu yang tak elok (tidak wajar),” katanya di rumahnya di Kampung Padang Cina di sini, Khamis.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan anak perempuan Saad, Nur Fazira Saad, 12, telah berkahwin dengan Mohd Fahmi Alias, 19, minggu lalu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju untuk menyatukan mereka.

Majlis akad nikah akad pasangan itu telah diadakan pada Sabtu selepas Nur Fazira mendapat kebenaran Mahkamah Syariah Kulim untuk berkahwin kerana dia masih di bawah umur.

Nur Fazira, yang akan memasuki umur 13 tahun bulan depan dan Mohd Fahmi telah mengenali antara satu sama lain untuk tempoh yang agak lama. Saad, 43, berkata dia telah meminta Mohd Fahmi untuk berkahwin dengan anak perempuannya selepas dia anaknya tidak pulang satu malam bulan lepas.

“Keesokan harinya, saudara saya di kampung berhampiran memberitahu saya bahawa Fazira Nur tinggal di tempat Mohd Fahmi,” katanya.

Saad berkata anak perempuannya kemudian memberitahunya bahawa tidak ada apa-apa yang telah berlaku kerana dia telah menghabiskan harinya dengan Mohd Fahmi sebelum dia dihantar ke rumah saudara.

“Saya mengarahkan dia memanggil Mohd Fahmi. Apabila Mohd Fahmi datang ke rumah saya, dia memberitahu saya bahawa dia akan bertanggungjawab terhadap anak perempuan saya dan akan menjaganya.

“Saya kemudian menjawab jika demikian, mereka harus berkahwin,” katanya, sambil menambah dia berharap anaknya akan dijaga oleh suami dan keluarganya.

Akhbar harian itu memetik Mohd Fahmi sebagai berkata bahawa dia berjanji untuk menjadi suami yang baik untuk Nur Fazira.

“Lebih baik berkahwin dan bukannya terlibat dalam maksiat (hubungan haram). Saya bersetuju memang pelik berkahwin pada usia yang begitu muda,” katanya.

Nur Fazira, yang telah berhenti sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas, berkata dia tidak menganggap umur menjadi halangan, sambil menambah bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik.

Majlis bersanding pasangan itu akan diadakan di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, pada tengah hari Sabtu.

P/S: Pemikiran orang Melayu apabila buat baik semuanya tak kena. Tapi kalau buat dosa ada pula yang puji. Zaman tok nenek kawin awal tak ada masalah pun didik anak-anak sampaikan ramai yang berjaya. Baik kahwin awal dari terus buat dosa. tengok artis sekarang lah peluk sana sini tak ada ikatan langsung. Manusia sekarang sudah tidak kenal azab Allah di akhirat nanti. Macam tak pernah diajar. nauzubilah...

Budak Mati Dibasuh Dalam Mesin Basuh

Seorang budak 3 tahun didera kejam oleh ibu bapanya dengan dimasukkan ke dalam sebuah mesin basuh dan menghidupkannya. Kejam!

Bayangkan seorang budak 3 tahun dikunci di dalam mesin basuh yang bergerak.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman. Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris.

Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas dia membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas. Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga.

Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu. “Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.

Comel. Budak lelaki malang yang dibunuh bapanya.

Pasangan itu tetap mengatakan Bastien mengalami kemalangan dan jatuh tangga. Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku. Kadangkala dia dikunci dalam almari pakaian selama dua jam.

P/S – Anak itu adalah amanah dari Allah SWT. Lahirnya seperti kain putih yang suci bersih, ibu bapa lah yang mencorakkannya. Berbuat kebaikan kepada anak-anak kecil adalah satu sunnah yang sangat dituntut oleh Nabi. Janganlah berlaku kejam terhadap mereka. Peringatan untuk kita semua. Wallahualam.

Kejam! Aktivis Muslimah Mesir Dipukul dan Dibogel Tentera

Tiga askar memukul seorang wanita yang tidak bersenjata, menarik pakaian wanita itu, dan seret dia ke bawah jalan Kaherah
Seorang aktivis wanita dan rakan-rakan yang sedang melakukan demonstrasi aman dari Mesir telah dipukul dan dibogel oleh tentera Mesir dengan kejam.

Video dan gambar yang dilampirkan menunjukkan kekejaman tentera Mesir membelasah seorang wanita muda di Tahrir Square di Kaherah pada hari Sabtu, hari kedua berturut – pertempuran dengan penunjuk perasaan yang bermula pada hari Jumaat dan terus semalaman. Warga tentera walaupu disukai oleh aktivis Mesir kerana berdiri bersama pihak mereka semasa revolusi pada bulan Februari, kini telah menyebabkan beratus-ratus lelaki dan wanita ke hospital dalam tempoh 48 jam lepas dan telah membunuh sekurang-kurangnya 10, dengan peluru hidup ditembak kepada orang ramai.

Tindakan tentera memukul wanita tanpa belas kasihan itu sangat biadab. Ironinya, larangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata amat kuat dicanangkan di dunia Arab. Tetapi untuk menonton tiga orang askar memukul seorang wanita yang tidak bersenjata dengan cota, menumbuk tubuh badan, dan menghentak dengan kasut boot, dan menunjukkan bahagian yang paling provokatif amat keterlaluan. Perbuatan askar-askar itu menarik jubah hitam itu ke atas kepalanya dan mendedahkan bahagian muka badan dan dada wanita, bagi masyarakat Mesir, merupakan satu penghinaan yang mendalam. Di bawah, adalah sebahagian daripada gambar yang ditarik keluar secara terperinci.

Seorang aktivis lain telah berjaya merakam video kejadian yang amat kejam itu. Wanita itu mendapat hentaman yang begitu banyak kepada kepalanya, dan beberapa pijakan manusia pada dadanya. Walaupun salah seorang askar berusaha untuk penutup belakang dia tetapi itu tidak mengambarkan apa-apa.

Beberapa pemerhati yang melihat perbuatan kejam tentera Mesir itu cuba menolong wanita itu tetapi akibatnya, mereka turut dipukul teruk oleh tentera yang sedang dirasuk oleh syaitan.

Orang tua yang menolong wanita malang itu turut dibelasah sama. Memang amat kejam.
Tentera Mesir, institusi yang paling kukuh dan paling berkuasa bukan sahaja di Mesir, namun mungkin di dunia Arab, telah mengambil tindakan yang kejam sejak memenangi kuasa awal tahun ini. Walaupun ia pada mulanya melindungi para aktivis revolusi pada bulan Februari dahulu dengan melindungi penunjuk perasaan daripada pasukan keselamatan negeri Presiden Hosni Mubarak, tentera Mesir telah beransur-ansur berubah dan mengisytiharkan bahawa tentera akan mengekalkan kemerdekaan daripada dan kawalan ke atas mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi. Sebagai bantahan terhadap tentera telah berkembang, jeneral tentera Mesir telah meninggalkan janji-janji awal mereka kepada sokongan rakyat dan mengelakkan diri daripada keganasan terhadap orang awam. SCAF – Majlis Tertinggi Angkatan Tentera, panel yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin tertinggi tentera – semakin kelihatan seperti diktator Mesir yang baru. Tentera, kini secara terbuka menyerang orang awam, tidak akan mengubah polisi perang mereka terhadap aktivisme demokrasi.

Video Wanita Mesir Dipukul Tentera



Kisah-kisah keganasan tentera terhadap wanita, kerap diwarnai dengan keganasan seksual, adalah semakin biasa didengari.