17 February 2013

Mimpi Nabi Muhammad Ketika Belum Memeluk Islam?

Akhirnya dia Islam. Dahulu bernama Robert Bin Singgah, kini Abdul Aziz. Mula bertemu beliau di Kampung Tinanduk pada Nov 2011, beliau bercerita mimpinya bertemu Nabi Muhammad. Agak ragu juga kerana dia belum Islam...tetapi akhirnya mimpi tersebut menjadi kenyataan.

Cerita beliau, sebaik pulang dari gereja hari itu, tertidur kepenatan, lalu bermimpi seorang yang berserban datang, memberitahu apa anutannya kini tidak benar. Lalu beliau bertanya, apa yang benar?

Orang itu lantas membawanya berjalan, meredah semak samun, akhirnya tiba di atas sebuah jambatan yang tinggi dan panjang. Di penghujung jambatan terdapat sebuah masjid. Orang itu menunjuk ke masjid seraya berkata, "Itulah yang benar!"

Robert berkata, "Eh, itu orang Islam punya.."

"Ya, itulah Islam, Islamlah yang benar." Jawab orang itu.

"Siapa kamu?" Tanya Robert.

"Saya Nabi Muhammad!" Jawab orang itu.

Robert terjaga dari tidur. Sejak hari itu, siapa sahaja yang menghina Islam akan ditentangnya, sekalipun sebelum itu beliau amat memusuhi Islam.

Pada petang Jumaat, 11 Feb 2013, Robert datang ke Kampung Padang bersama isterinya, dibawa oleh anak dan menantu yang telah Islam.

Saya memimpin beliau di atas jambatan gantung, yang dihujungnya ada masjid yang hampi siap. Saya tunjukkan ke arah masjid sambil berkata, "Itulah yang benar."

Jawab Robert, "Ya, itulah yang benar, kini saya sudah sedia untuk Islam."

Selepas Maghrib, Robert mengikrarkan kalimah suci, dua kalimah syahadah!

Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment