21 February 2013

Subhanallah! Bunga Mekar Semasa Azan Dilaungkan

Beberapa kuntum bunga yang kelihatan layu tiba-tiba mengembang segar apabila sewaktu azan dilaungkan di masjid-masjid berdekatan. Perisitiwa ni telah mendapat perhatian dari media barat.

Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan membuatkan bunga-bunga di sekitarnya mengembang dengan sendirinya,. Bunga yang layu sebelumnya secara tiba-tiba mekar apabila azan dilaungkan daripada masjid yang berdekatan. Stesen televisyen CNN juga  pernah menayangkan sebuah dokumentari yang menunjukkan keajaiban laungan azan. Lihat video keajaiban bunga mengembang semasa azan di bawah.

Bunga-bunga yang pada awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan ini terjadi di Azerbaijan ini (juga terdapat di Turki) telah mendapat perhatian dari media Barat.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [QS. Al- Fushshilat]

Melayukini.net - Sesungguhnya itulah tanda kekuasaan Allah SWT terhadap makhluknya. Kejadian bunga mengembang semasa azan membuktikan betapa hebatnya Allah SWT dan ini menunjukkan tentang keajaiban azan. Sama juga ketika sedang dalam ketakutan atau diganggu makhluk halus, azan merupakan perkara yang paling ditakuti oleh syaitan.

0 comments:

Post a Comment